Kau tercari-cari cinta. Dia terjerat dalam percintaan, kamu pula sedang mabuk bercinta, manakala seorang lagi menangisi leburnya cinta setelah disulam bertahun-tahun. Saya mahu cinta sejati, dan terus bersinar sehingga akhir hayat nanti. Cinta, emosi yang amat peribadi, our reason for being and our reason for staying.
Setiap kita merasai cinta namun melahirkannya secara berbeza. Dua insan merasai satu perasaan kala dilamun cinta. In love the paradox occurs that two being become one and yet remain two. Hubungan percintaan kata seorang pujangga pula adalah penyatuan yang amat rapuh antara dua jiwa. Ya, pelbagai madah dihasilkan mengenai cinta, seribu kata-kata diilhamkan sejak berzaman akan maksud cinta. Mari saya hidangkan beberapa lagi kata-kata hikmah cinta yang saya senang menghayatinya. To love is to receive a glimpse of heaven (Karen Sunde). Love is supreme and unconditional, like is nice but limited (Duke Ellington). The giving of love is education itself (Eleanor Roosevelt)
Datang 14 Febuari (hehehe engai ia nyebut valentine's day sensitif laut bukai legi mali), alasan kita semua meluahkan rasa; sama ada disampaikan melalui kata-kata atau kiriman mawar mahu pun cenderahati yang paling istimewa . Supaya yang jauh didekatkan dan yang dekat disatukan. Agar kata-kata menjadi pelembut hati, menghilang sepi dan mencuit rindu. Atau sebagai perantaran kepada lidah yang barangkali kelu kala bertemu.
Kalian semua, berapa kali dalam hidup ini kita luahkan rasa cinta? Ada teman bercerita kali terakhir dia mengatakan cintanya kepada suaminya, pada malam pengantin, dan seterusnya belum didengar lima huruf itu disebut lagi malah dia sendiri tidak bisa menyebutnya juga. "Bukan aku kuno, bukan tidak tahu tetapi kelu, malu." "pendapat kamu," tanyanya pula? "Bagi aku pun kalau perasaan itu tidak dirasakan, tidak ku sebut juga". Perlukah disebut setiap kali memejamkan mata dan apabila bangun tidur. Adakah pasangan dalam dunia ini seromantik itu? Kalau didengar seribu kali, bagaimana jikalau dia tidak mendengarnya lagi atau apakah yang disebut datang penuh luhur dari lubuk hati? Ahh sukar mentelaahnya tetapi dalam realiti kehidupan, perasaan kita ini ada pasang dan surut. Ada kala rasa amarah hinggap di dada, rasa benci meluap juga. Semestinya sebagai manusia kita ini tidak boleh jadi sempurna di mata sesiapa jua setiap hari. Maka logiknya ketiadaan apa-apa merangsang jiwa, lalu tidaklah mulut itu seraya berkata, "Aku cinta or i love you," betul tak?
"Kamu juga tidak menyebutnya langsung?" tersenyum dia. "Aku ada kata, kita perlukan rangsangan di jiwa. Kita perlu adakan 'kejutan' misalnya birthday party untuknya, breakfast in bed yang seumur hidup dia tidak merasa atau masak sesuatu (makanan kegemarannya) yang dia tidak terfikir si isteri memasakkannya kecuali membeli sahaja di restoran. Bayangkan kalau saya satu hari menghidangkan capati buatan sendiri, pasti Hisyam (suami Wirda) akan ingat sampai mati, sebab itu makanannya sebelum berkahwin dengan saya. Atau pada 14 Febuari ini hari kekasih, hai hiasi meja makan secantiknya, berhias bunga dan lilin. Bila lagi mahu menggunakan sudu garpu salutan 18 karat emas yang tersimpan di almari, menungu gerangan insan mana pula baru digunakan? ( nya ia sapa kitai ka bisi sudu 18 k ahakssss) Kejutan sebegitu pasti membuat suami sukar melepaskan rasa rindu, sayang, dan sentiasa mengingini isteri di sisi. Dan kepada suami juga, maka lakukan yang boleh menggoda jia isteri, nescaya sayangnya bertambah-tambah. Tiada suamo mahu pun isteri yang kaku sangat.
Cinta mesti terus disemai dan dibaja, ia berbenih, berdaun, berbunga dan berbuah kemudian ulang dan ulang lagi, perlu berterusan kecualilah anda tidak mahu mencintai dan dicintai. Kerana berapa insan bijak mentelaah hati insan yang lain, i like not only to be loved, but to be told i am loved, bukan begitu?
Pada 14 Febuari, percayalah walau cuma sekuntum mawar menunggu, seribu makna kepada si penerima. When love is good, it can make you fly, winning it is worth the risk, people fall in love and glow for weeks (George Davis)
Wirda Adnan
****** Tang meh lelaki di Malaysia nitih ka research ka digaga siku prof ari UM sida ia sigi enda romantik laban bagi sida ia ka perlu amat ianya ulih meri penyenang ngagai bini anak****** engai ku cakapppppppppp
(patut tu dipos sebedau valentine suba - nadai ngawa ngambi ka dibaca engau nyadi ke teladan ngagai kitai semua)
4 comments:
wai andan,
rindu maca artikel nuan siti tu. nadai hal, sikap sayang menyanyang enda ibuh nganti hari Valentine ga, munyi ka padah nuan, mesti di benih, di beri baja ninting ari !
aku nadai meh sudu 18k , tang 'je t'aime ' i love you in french is quite often for me !! romantik kami ditu ! hehehe : )
endang amat munyi ko nuan nya wai bala ribai lomantik enda baka kitai menua mina gagau meri penyenang ari sigi material ari sigi spiritual enda sida peduli (ukai ga nulak penyenang ka diberi sida agai kitai tang kitai ka meh dimanja neh wai)
hehehe...Engka amat kini laki malaysia kurang romintik..hehe.Bisi point gak laban pemakai lebih utama.Enti mala romintik tang nadai pemakai nadai gak nyadi...Anyway,being romintik ulih nyadi rempah ratus kena menyedapkan agik kuah rumahtangga kitai :P
Sori wai,lama aku nda nyenguk kituk...Blog aku pun lama nadai di update.
nya meh pat amat meh beromantik nya enda ulih nambah ka rezeki tang nambah ka keharmonian n kebahagiaan rumahtangga neh
Post a Comment